Showing posts with label Scene Underground. Show all posts
Showing posts with label Scene Underground. Show all posts

Monday, July 18, 2011

One Buck Short


ONE BUCK SHORT (OBS) merupakan sebuah band Punk Rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Namun, sebelum dikenali dalam industri muzik, mereka sudahpun bermain muzik di majlis-majlis sekolah dan juga pertandingan nyayian sejak di bangku sekolah lagi. Mempunyai EP yang berjaya pada 2003, OBS telah memberi impak yang besar kepada muzik punk rock Malaysia.

Terikat kontrak rakaman dengan Homegrown Records dan Universal Music, OBS mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama mereka dengan hasil pertolongan penerbit dan komposer yang berbakat besar Greg Henderson. Single pertama OBS 'Fast Times' yang berbahasa Inggeris dan juga 'Kelibat Korupsi' yang berbahasa Melayu telah berjaya menjadi hit di Malaysia dan juga Singapura.



Di atas kejayaan single mereka itu, One Buck Short telah menerbitkan album pertama mereka yang berjudul 'Halal & Loving It' di mana berjaya diiktiraf sebagai Album Rock Terbaik. Single terbaru mereka 'Khayalan Masa' turut digilai ramai dan telah memasuki banyak carta radio tempatan. Selain itu, single seperti '10:04' dan 'Kerana Tiada Pilihan Lain' turut menjadi lagu pilihan masa kini.

Kehebatan OBS lebih diiktiraf apabila diundang menjadi artis pembukaan konsert artis luar negara yang datang membuat konsert di Malaysia, termasuklah Fall Out Boy di Singapura, Good Charlotte, Panic at the Disco dan My Chemical Romance di Kuala Lumpur.

Korang boleh lawat website One Buck Short klik ONE BUCK SHORT

Jom Kita layan beberape Klip Video dari ONE BUCK SHORT


ONE BUCK SHORT - Kelibat Korupsi





ONE BUCK SHORT - Khayalan Masa

Sunday, July 10, 2011

Seven Collar T-Shirt

SevenCollar T-Shirt

SevenCollar T-Shirt merupakan salah satu band Inggeris tempatan yang sudah bertapak di industri muzik Malaysia untuk lebih 10 tahun. 'Drones', album Inggeris kedua yang telah membawa kejayaan besar untuk SevenCollar T-Shirt di mana telah membawa mereka menempah nama di Asia Tenggara dan United Kingdom. Kemudian, mereka menghasilkan album ketiga - 'The Great Battle' yang mana lebih mantap dan padat berbanding album 'Drones'. Album itu ditunggu-tunggu oleh pengkritik muzik dan peminat serta diiktiraf sebagai usaha terbaik untuk album Inggeris tempatan. Malah, album The Great Battle telah mendapat 2 pencalonan untuk AIM 17.



DISCOGRAPHY:

Album

1. Freeway, Dreaming & Broke (2002)
* What Went Wrong
* Glory & Meaning
* Happy Chicken King
* Holiday
* Breathe
* Speechless
* Ice - Tea Tragedy
* A Musical Guide To 70'S
* Allison Font
* New

2. Drones (2004)
* Renaldo Moon
* Brand New Number One
* The Boo Hoo Rah Theory
* Faith
* War Is Over
* People Under The Pillow
* In Hiding (Like A Child)
* The Works
* Summary
* Chemicals
* Drones

3. The Great Battle (2009)
* TET Offensive
* Lucky You
* Wild Child (Here For You)
* Fragile
* Fibres
* The Foreigner
* December
* A Dissapearing Act
* Exiled
* Lights

4. Live @ The Actors Studio - DVD (14 Tracks)

- Songs:
1. Wild Child (Here For You)
2. Lucky You
3. Exiled
4. December
5. Foreigner
6. Faith
7. Summary
8. The Works
9. My Generation




ANUGERAH:
1. Anugerah Industri Muzik 17 (AIM)
- Pencalonan Album Inggeris Tempatan Terbaik
- Pencalonan untuk Kulit Album Terbaik (The Great Battle)

Wednesday, April 21, 2010

Sejarah muzik underground di Malaysia

Sejarah muzik underground di Negara kita Malaysia telah dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70-an. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistol yang sangat popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk pertama ddi Kuala Terengganu pada awal 80-an, namun pada masa itu hampir tidak ada band di tubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band dari Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh trash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahanya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P.Pinang (Abazz dari band punk The Karatz) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini di kesan pada setikar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang 2 tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis,Picagari dab FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory, dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara (album, demo dan majalah) masih lagi tidak di jual di Malaysia. Kebanyakkannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik seperti death metal, industrial, grindcore dan black matel. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat dari heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara denagn aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan. Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah di tubuhkan pada waktu itu. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes (Jeo Kidd) dan Thrash Attack (Aziz).

Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East. Ada yang mengatakan zine Aedes (dimulakan pada tahun 1986) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi Zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau dditaip sahaja (menggunakkan manual typewriter) dan kemudian ddi fotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan di luar negara.

Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam (Batara Guru), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal. Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan terdapat di seluruh negara terutamanya ddi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pupalu Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang amsih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.

Pada waktu sama, scene Underground berkembang begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan, dan Pulai Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakkan dari band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipohjuga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyi, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotogrh dan Sputum dan Kremation.

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagrive, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khau, dan macam-macam lagi.

itu la serba sedikit mengenai Scene Underground di Malaysia..

credit to : tokeikedai.