Monday, July 18, 2011

One Buck Short


ONE BUCK SHORT (OBS) merupakan sebuah band Punk Rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Namun, sebelum dikenali dalam industri muzik, mereka sudahpun bermain muzik di majlis-majlis sekolah dan juga pertandingan nyayian sejak di bangku sekolah lagi. Mempunyai EP yang berjaya pada 2003, OBS telah memberi impak yang besar kepada muzik punk rock Malaysia.

Terikat kontrak rakaman dengan Homegrown Records dan Universal Music, OBS mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama mereka dengan hasil pertolongan penerbit dan komposer yang berbakat besar Greg Henderson. Single pertama OBS 'Fast Times' yang berbahasa Inggeris dan juga 'Kelibat Korupsi' yang berbahasa Melayu telah berjaya menjadi hit di Malaysia dan juga Singapura.



Di atas kejayaan single mereka itu, One Buck Short telah menerbitkan album pertama mereka yang berjudul 'Halal & Loving It' di mana berjaya diiktiraf sebagai Album Rock Terbaik. Single terbaru mereka 'Khayalan Masa' turut digilai ramai dan telah memasuki banyak carta radio tempatan. Selain itu, single seperti '10:04' dan 'Kerana Tiada Pilihan Lain' turut menjadi lagu pilihan masa kini.

Kehebatan OBS lebih diiktiraf apabila diundang menjadi artis pembukaan konsert artis luar negara yang datang membuat konsert di Malaysia, termasuklah Fall Out Boy di Singapura, Good Charlotte, Panic at the Disco dan My Chemical Romance di Kuala Lumpur.

Korang boleh lawat website One Buck Short klik ONE BUCK SHORT

Jom Kita layan beberape Klip Video dari ONE BUCK SHORT


ONE BUCK SHORT - Kelibat Korupsi





ONE BUCK SHORT - Khayalan Masa

3 comments:

  1. nice entry..follow backk at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kenalan dari shah..
    shah da follow..jom visit blog shah
    lak..kalo rajin follow skali :)


    Entri Terbaru: Seorang Newbie Mencabar Semua Blogger! dan Terima Kasih Abg Ben Ashaari!

    ReplyDelete