Monday, December 30, 2013

Meet Uncle Hussain


Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuahkumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dramFlop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.
Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu diAnugerah Juara Lagu 23.
Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.

Meet Uncle Hussain - Lagu Untuk Mu


Meet Uncle Hussain feat Black - Drama King


Meet Uncle Hussain feat Hazama - Pokok


Pada tahun 2001, kumpulan Meet Uncle Hussain terbentuk daripada vokalis/pemain gitar Nor Azlan Rosle (Lan) dan Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja), pemain gitar bes Mohd Fathi Mohd Darwis (Afat), dan pemain dram undangan Mohamad Hirwan Hatta (Kudux), yang mula-mula bermain muzik bersama pada tahun 2001. Jelas Taja, mereka milih nama "Meet Uncle Hussain" kerana "kami mahu nama yang unik dan melambangkan irama kami, nama yang cukup mudah diingati ramai, jadi kami memilih nama Hussain. Jika Meet Uncle Patrick atau Ramli, pasti tidak menjadi."
Selama enam tahun sejak ditubuhkan, kumpulan MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik bawah tanah, memenangi anugerah Band Terbaik dalam majalah ROTTW pada tahun 2005, dan pernah sekali mengeluarkan single "Halusinasi" di radio Xfresh FM sahaja.

Meet Uncle Hussain mula mengambil jalan ke arah kemasyhuran di arus perdana apabila menyumbangkan dua lagu dalam runut bunyi KAMI. Lagu "La La La Kerjalah" menjadi lagu tema pembukaan siri TV lapan episod KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun 2007, mengisahkan perjuangan remaja mengharungi suka-duka kehidupan sambil memartabatkan muzik indie. Sementara itu, "Lagu Untukmu" diketengahkan sebagai lagu tema seluruh projek KAMI dan diterima oleh stesen radio arus perdana sehingga menguasai carta-carta radio pada tahun 2008.
Sayangnya, Kudux selaku pemain dram undangan terpaksa berehat dari bermain bersama kumpulan MUH gara-gara mengalami masalah kesihatan, tetapi setelah sembuh beliau menyertai kugiran Pesawat, juga sebagai pemain dram.
"Lagu Untukmu" begitu popular sehingga bukan sahaja menguasai corong radio, bahkan juga meraih anugerah yang ternilai kepada kumpulan yang mendendangkannya, terutama sekali gelaran juara keseluruhan Juara Lagu ke-23 dan Hits 1 musim ke-6 pada tahun 2009, di samping kugiran ini memenangi anugerah Artis Berkumpulan atau Duo Popular di Anugerah Bintang Popular dan Artis Baru Terbaik di AIM 2009 pada tahun yang sama.

Biarpun dihujani dengan sanjungan dan anugerah pada akhir dekad 2000-an, namun sepanjang saki-baki tahun 2009, kelihatannya keretakan antara anggota-anggota kugiran MUH. Ini mula terjadi apabila dilaporkan bahawa Lan didapati bermasalah disiplin dan bersikap lupa diri oleh teman-teman sekugirannya. Menurut rungutan Taja, Lan sukar mendengar kata dan sering enggan menerima nasihat apabila acap kali menimbulkan masalah sama tanpa sebarang perubahan. Maka timbulnya desas-desus bahawa Lan akan disingkirkan dari MUH, tidak pun seluruh kugirannya akan bubar, sehinggalah akhirnya ketika membuat persembahan di KL Muzik Festival di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 5 Julai, Lan mengumumkan pengunduran dirinya dari kugiran MUH atas alasan "komitmen lain". Selepas itu, Lan mengasaskan kugiran baru bernama Azlan & The Typewriter yang sebenarnya dianggotai oleh seorang ahli iaitu dirinya, diiringi pemuzik backup.

Sejak pertengahan tahun 2009 hingga kini, Meet Uncle Hussain masih tercari-cari vokalis baru. Sementara itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi lain secara sementara untuk mengambil tempat Lan ketika merakam lagu baru atau beraksi di gig atau persembahan seumpamanya, contohnya menampilkan Black ketika merakamkan single "Drama King". Lagu ini dinobatkan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu ke-25 pada tahun 2011.

Buat masa ini, Meet Uncle Hussain bekerjasama dengan Hazama, seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4, sebagai penyanyi undangan mereka. Mereka menafikan bahawa Hazama sudah betul-betul menyertai kugiran ini sebagai penyanyi tetap. Namun, Hazama telah dipanggil semula untuk menyertai Akademi Fantasia 9 dan akhirnya menjadi juara.



1 comment: