Monday, December 30, 2013

Meet Uncle Hussain


Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuahkumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dramFlop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.
Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu diAnugerah Juara Lagu 23.
Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.

Meet Uncle Hussain - Lagu Untuk Mu


Meet Uncle Hussain feat Black - Drama King


Meet Uncle Hussain feat Hazama - Pokok


Pada tahun 2001, kumpulan Meet Uncle Hussain terbentuk daripada vokalis/pemain gitar Nor Azlan Rosle (Lan) dan Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja), pemain gitar bes Mohd Fathi Mohd Darwis (Afat), dan pemain dram undangan Mohamad Hirwan Hatta (Kudux), yang mula-mula bermain muzik bersama pada tahun 2001. Jelas Taja, mereka milih nama "Meet Uncle Hussain" kerana "kami mahu nama yang unik dan melambangkan irama kami, nama yang cukup mudah diingati ramai, jadi kami memilih nama Hussain. Jika Meet Uncle Patrick atau Ramli, pasti tidak menjadi."
Selama enam tahun sejak ditubuhkan, kumpulan MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik bawah tanah, memenangi anugerah Band Terbaik dalam majalah ROTTW pada tahun 2005, dan pernah sekali mengeluarkan single "Halusinasi" di radio Xfresh FM sahaja.

Meet Uncle Hussain mula mengambil jalan ke arah kemasyhuran di arus perdana apabila menyumbangkan dua lagu dalam runut bunyi KAMI. Lagu "La La La Kerjalah" menjadi lagu tema pembukaan siri TV lapan episod KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun 2007, mengisahkan perjuangan remaja mengharungi suka-duka kehidupan sambil memartabatkan muzik indie. Sementara itu, "Lagu Untukmu" diketengahkan sebagai lagu tema seluruh projek KAMI dan diterima oleh stesen radio arus perdana sehingga menguasai carta-carta radio pada tahun 2008.
Sayangnya, Kudux selaku pemain dram undangan terpaksa berehat dari bermain bersama kumpulan MUH gara-gara mengalami masalah kesihatan, tetapi setelah sembuh beliau menyertai kugiran Pesawat, juga sebagai pemain dram.
"Lagu Untukmu" begitu popular sehingga bukan sahaja menguasai corong radio, bahkan juga meraih anugerah yang ternilai kepada kumpulan yang mendendangkannya, terutama sekali gelaran juara keseluruhan Juara Lagu ke-23 dan Hits 1 musim ke-6 pada tahun 2009, di samping kugiran ini memenangi anugerah Artis Berkumpulan atau Duo Popular di Anugerah Bintang Popular dan Artis Baru Terbaik di AIM 2009 pada tahun yang sama.

Biarpun dihujani dengan sanjungan dan anugerah pada akhir dekad 2000-an, namun sepanjang saki-baki tahun 2009, kelihatannya keretakan antara anggota-anggota kugiran MUH. Ini mula terjadi apabila dilaporkan bahawa Lan didapati bermasalah disiplin dan bersikap lupa diri oleh teman-teman sekugirannya. Menurut rungutan Taja, Lan sukar mendengar kata dan sering enggan menerima nasihat apabila acap kali menimbulkan masalah sama tanpa sebarang perubahan. Maka timbulnya desas-desus bahawa Lan akan disingkirkan dari MUH, tidak pun seluruh kugirannya akan bubar, sehinggalah akhirnya ketika membuat persembahan di KL Muzik Festival di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 5 Julai, Lan mengumumkan pengunduran dirinya dari kugiran MUH atas alasan "komitmen lain". Selepas itu, Lan mengasaskan kugiran baru bernama Azlan & The Typewriter yang sebenarnya dianggotai oleh seorang ahli iaitu dirinya, diiringi pemuzik backup.

Sejak pertengahan tahun 2009 hingga kini, Meet Uncle Hussain masih tercari-cari vokalis baru. Sementara itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi lain secara sementara untuk mengambil tempat Lan ketika merakam lagu baru atau beraksi di gig atau persembahan seumpamanya, contohnya menampilkan Black ketika merakamkan single "Drama King". Lagu ini dinobatkan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu ke-25 pada tahun 2011.

Buat masa ini, Meet Uncle Hussain bekerjasama dengan Hazama, seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4, sebagai penyanyi undangan mereka. Mereka menafikan bahawa Hazama sudah betul-betul menyertai kugiran ini sebagai penyanyi tetap. Namun, Hazama telah dipanggil semula untuk menyertai Akademi Fantasia 9 dan akhirnya menjadi juara.



Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 28

Debaran Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) kini makin terasa. 12 lagu yang bakal berentap juga sudah diumumkan dalam konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik pusingan ketiga yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

Bagi yang terlepas menyaksikan siaran langsung rancangan ini, jom sama-sama kita semak lagu-lagu yang berjaya mara ke pentas AJL 28.

1) Penglipur Lara- Hazama


2) Takkan Terpisah - Black


3) Bahagiamu Deritaku - Hafiz


4) Aku Pelat - Salam Muzik


5) In Love With You - Noh Salleh & Aizat


6) Bosan - Stacy


7) Kalau Aku kaya - Awi Rafael & Altimet


8) Hanya Aku - Hyper Act

9) Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter


10) Sahabat - Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul


11) Ikut Rentakku - Jaclyn Victor


12) Kau Yang Terindah - Alyah


Kesemua lagu ini diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.

Classmate - Luaskan Kuasa Mu


Classmates ditubuhkan pada tahun 2007 di Kota Tinggi Johor dan bergiat aktif dalam bidang muzik pada tahun 2010. Nama ‘Classmates’ di ambil kerana nama itu disebut pada persembahan pertama kami pada 2007 sempena Hari Guru di Sekolah.


"Kami pernah meriliskan Album Mini bertajuk Good News Come Soon pada 2012 dan melahirkan single kami yang pertama bertajuk ‘Primadunia’. Kini kami dalam proses menyiapkan Album pertama kami yang dijangka akan di pasaran pada pertengahan tahun hadapan. Antara single pertama dari Album tersebut ialah ‘Luaskan Kuasamu yang dicipta khas untuk Pasukan JDT dan rakyat Johor."

Classmate - Luaskan Kuasa Mu


Classmate - Primadunia






Thursday, July 18, 2013

Kyoto Protocol Rock & Roll Revival

Kyoto Protocol adalah sebuah band yang berkonsepkan bergenrekan Rock & Roll Revival berasal dari Kuala Lumpur dan telah ditubuhkan pada 2008. Kyoto Protocol membariskan vokalis dan guitarist Fuad Alhabshi, Back-up Vokalis/pemain keyboard Gael Olivers, Guitarist Hairi Haneefa, Bassist Shakeil Bashir dan drummer Shanjeev Reddy.

Nama Kyoto Protocol semakin melonjak naik sejak mereka masuk pertandingan Versus hari tu. CTM memang minat dengan band Kyoto Protocol ini, mereka bukan sahaja berbakat bermain alat musik, tetapi mereka juga mempunyai kepala otak yang geliga untuk mengubah sesuatu lagu. Kiranya CTM memang respek kencang la kat mereka ni.

Jom kita rosakkan gegendang telinga dengar beberapa klip video dari mereka ni.

Kyoto Protocol - Pussycat



Kyoto Protocol - Never Know



Ni pula lagu yang Kyoto Protocol rosakkan semasa Versus yang lepas.

Kyoto Protocol - Andai Kau Pergi - Indigo & Trauma - Elite



Kyoto Protocol - Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)



Semoga semua terhibur dengan post CTM yang entah apa-apa je ni.

Yunalis Zarai - Lelaki New Song

CTM dengar lagu Yuna yang baru ni " Lelaki " lain macam je bunyi. Tapi enak didengar oleh gegendang telinga. Cuba korang lak yang dengar sama tak macam CTM dengar.



CTM akan kembali mengupdate musik-musik di Tanah Malaya kita ini.

Semoga terhibur.


Sunday, November 4, 2012

Laila's Lounge




Kumpulan Laila's Lounge ialah sebuah kumpulan muzik bebas yang diasaskan di Johor Bahru, Malaysia. Asalnya ditubuhkan oleh Hadi, Bai dan Icham dan kemudiannya disertai oleh Bulat, Sham Daging, David dan Ajeep.

Nama Laila's Lounge melonjak naik apabila lagu "Mawar Khayalan" mereka termuat dalam album KAMI Vol. II yang turut menjadi lagu tema filem KAMI The Movie. Genre yang dibawa kumpulan ini adalah Shoe-Ghazing yang mana banyak menggunakan efek bunyi synthesizer dan gitar yang melodik. Lagu-lagu EP mereka antaranya adalah Warm Chery House, Stargazer, When You Unfold Me (I'll Be Gone), Fatal Prindu, wajah serta Mawar Khayalan yang menjadi hits.



Laila's Lounge - Wajah



Laila Lounge - Mawar Khayalan



Let's Enjoy...

Monday, October 29, 2012

YUNALIS ZARAI


Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, merupakan seorang penyanyi yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie yang bertudung terawal menghiasi industri muzik. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam.

Ablum Studio yang di hasilkan antaranya ialaH :


  1. Yuna EP (2008)
  2. Decorate (2010)
  3. Terukir di Bintang (2012)
  4. Yuna (2012)


Semoga Yuna berjaya dalam bidang yang beliau ceburi

Meh kite layan beberape video klip Yuna yang cun melecun nie

Yuna - Terukir Di Bintang



Yuna - Dan Sebenarnya (Live in Chicago, USA 2011) 1080P



Yuna - Gadis Semasa